GPMS mohon MENTERI PELAJARAN mencerminkan sifat seorang demokrat dalam menangani PBS. PEGAWAI KPM TERLALU cepat melabel perhimpunan guru pada 22 Februari sebagai langkah mahu menggulingkan kerajaan, itu tomahan terlalu simplified untuk melindungi kelemahan pegawai dan ada pula yang sudah terhutang budi pada YTL lalu bersifat melindungi kepentingan YTL. Menteri menjadi dahan berpaut kepada guru supaya mereka tidak mencari sokongan pembangkang. Arwah Dato' Razali semasa menjadi Timbalan Menteri disayangi oleh guru lebih dari sayang mereka kepada Dato' Hisham kerana sebagai bekas guru, dia senantiasa mendampingi guru. Kami dimaklumkan bahawa semasa zaman Musa Hitam, setiap bulan, beliau secara bergilir makan malam secara bersantai dan bermuzakarah dengan 20 ke 30 orang wakil dari pelbagai persatuan guru untuk memahami masalah guru. GPMS mohon MENTERI mengikuti hujah-hujah perhimpunan 22 Februari dengan minda yang terbuka lagi objektif untuk mendapat maklum balas dan bukan menghukum guru yg mahu bersuara.
Laporan kajian Inmind dapati +/- 60pn komuniti guru @ Selangor marah kerajaan dan sekarang propembangkang. Dengan isu PBS-YTL ia akan jadi lagi membara. Semoga KPM akan segera tangani dengan bijak dan 'tertib'.
Jika pegawai KPM terus menjenamakan pejuang PBS sebagai hendak menjatuhkan kerajaan lalu mendiskriminasi mereka, akhirnya nanti mereka akan tiada pilihan untuk terus menentang kerajaan.
Semoga YB MENTERI dapatlah 'jinakkan' mereka dan bawalah bermuzakarah hati ke hati.
Jais Abd Karim
Presiden
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, February 20, 2014
Sunday, February 16, 2014
Salam 1Malaysia Dan Salam 1GPMS
Salam kepada semua sahabat sahabat GPMS peringkat kebangsaaan, peringkat negeri serta peringkat cawangan. Dengan ini saya akan mula update program program terbaru saya di dalam blog ini. Mohon semua sahabat sahabat tolong linkkan blog saya dalam blog tuan tuan sekalian nama blog saya Http://jaisabdkarim.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)